Sunday, December 14, 2008

Pasanglah sistem NGV di tempat yang berdaftar dengan JPJ. Jadikanlah apa yang berlaku di Melaka baru-baru ini satu ikhtibar utk kita semua.

Pasanglah NGV di Premis-Premis yang berdaftar dengan JPJ.


      Pemilik kenderaaan yang ingin menggunakan gas asli diingatkan supaya hanya memasang tangki gas di bengkel yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Senarai 72-bengkel berdaftar boleh disemak di laman web jabatan, mulai minggu depan. Ketua Pengarah J-P-J, Datuk Solah Mat Hassan berkata, kenderaan yang telah dipasang dengan tangki gas, perlu dibawa ke Puspakom untuk memastikan pemasangan yang dilakukan mematuhi syarat dan piawaan yang ditetapkan. Beliau ditemui selepas merasmikan Program J-P-J Bersama Rakyat di Rembau, Negeri sembilan.

 

Datuk Solah juga menasihati pengguna supaya mematuhi peraturan semasa mengisi gas bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti kenderaan meletup. Tegas beliau, keselamatan perlu diutamakan. Gas asli adalah bahan yang sensitif dan mudah terbakar. Sehubungan itu, larangan merokok serta arahan mematikan enjin dan telefon bimbit semasa mengisi gas, jangan dipandang ringan.

 

Dalam kejadian di stesen minyak Petronas di Batu Berendam, Melaka malam tadi, sebuah van yang menggunakan gas asli meletup menyebabkan seorang maut dan dua, cedera parah. Menurut pasukan bomba, tangki gas van tersebut merupakan sebuah tangki gas memasak L-P-G biasa yang diubahsuai untuk mengisi gas N-G-V. Mangsa terbunuh akibat kecederaan pada usus perut dan belakang badan, sementara kaki kirinya hancur.

((BERNAMA))

No comments: