Tuesday, November 11, 2008
Harga pakej NGV untuk model kereta perodua
Harga pakej bermula dari RM 2800 hingaa RM 6300. Harga pakej adalah subjektif kerana perbincangan antara pemasang dengan pengguna perlu diadakan bagi memastikan pakej yang dipilih memenuhi kehendak pengguna. Situasi 'win-win' perlu dicapai bagi mengelak kesulitan yang mungkin timbul kelak.
NGV sesuai untuk semua kereta...
Semua model kereta proton boleh menggunakan sistem NGV ini. Variasi harga bermula dari RM 3500 hingga RM7300. Bergantung pada jenis kereta, sistem NGV (mixer carburator, mixer injection atau sequential) dan saiz tangki (liter) serta jenis tangki yang dipilih (besi atau komposit).
Pendapat orang yang telah menggunakan NGV
nengwafi 28 Posts |
nak pasang NGV tapi harga mahal sangatlah....
Rungutan yang biasa didengar.........Cuba anda renung kembali formula sebelum ini, anda hanya perlu 6 bulan hingga ke setahun untuk mendapat kembali pelaburan yang dibuat ke atas NGV tersebut dengan penjimatan yang dilakukan. Itu sahaja. Tepuk dada tanya selera....tapi jangan salah tepuk nanti sakit dada. Fikir-fikirkanlah.
.
Sunday, November 9, 2008
Kenapa perlu memilih NGV?
Cuba kita renungkan sejenak....bagi yang mahu mencari alternatif...
1. Harga petrol seliter (yang terbaru) = RM 2.15
2. Harga NGV seliter = RM 0.68
3. Anggaran Perbelanjaan untuk Petrol sebulan = RM 600.00
4. Perbelanjaan sebulan jika anda bertukar ke NGV = RM 600.00/RM 2.15 x RM0.68
= RM 189.77
5. Penjimatan yang berjaya dilakukan = RM 600 - RM 189.77
= RM 410.23
Jumlah itu untuk satu bulan. Bayangkan jika anda sudah menggunakan NGV dalam masa setahun....LU pikir laa sendiri....

Subscribe to:
Posts (Atom)