Tuesday, November 11, 2008

Harga pakej NGV untuk model kereta perodua

Harga pakej bermula dari RM 2800 hingaa RM 6300. Harga pakej adalah subjektif kerana perbincangan antara pemasang dengan pengguna perlu diadakan bagi memastikan pakej yang dipilih memenuhi kehendak pengguna. Situasi 'win-win' perlu dicapai bagi mengelak kesulitan yang mungkin timbul kelak.

NGV sesuai untuk semua kereta...

Semua model kereta proton boleh menggunakan sistem NGV ini. Variasi harga bermula dari RM 3500 hingga RM7300. Bergantung pada jenis kereta, sistem NGV (mixer carburator, mixer injection atau sequential) dan saiz tangki (liter) serta jenis tangki yang dipilih (besi atau komposit).

Pendapat orang yang telah menggunakan NGV

nengwafi
2-cylinder Member

28 Posts

Posted - 04/02/2006 :  11:45:33 PM  Show Profile  Reply with Quote
quote:
Originally posted by twilight

nengwafi = hows the engine response and power after conversion?



As for my rusa (carburator 1.6 engine) so far so good. Masih boleh lari 140km/hr on highways. Kit installed 2 yrs ago.

Fuel (CNG 70 liter tank) consumption- max filling about 18 liters ++ equivalent to about RM 12++. Can go up to 150-180km (town driving) and about 200-250km (highway driving). 

Pick-up : Tipu la kalau I kata sama macam pakai petrol . But I guess it is between petrol and diesel engine driving since I don't really feel much of difference. Tip top performance is every after service and engine tuning (mind you carburator engines need regular engine tuning as against injection engines). 

Overall, untuk orang yang tak bawa laju macam myself ni, OK sangat-sangat la....Of course la injection engine perform better in terms of fuel consuption and pick-up performance. I've tried Proton Perdana NGV- macam tak terasa perbezaannya.... I've also heard that the new Toyota Camry 2.4 installed with latest Landirenzo kit (RM 6000++??) boleh panjat Genting without switching to petrol!
Go to Top of Page

nak pasang NGV tapi harga mahal sangatlah....

Rungutan yang biasa didengar.........Cuba anda renung kembali formula sebelum ini, anda hanya perlu 6 bulan hingga ke setahun untuk mendapat kembali pelaburan yang dibuat ke atas NGV tersebut dengan penjimatan yang dilakukan. Itu sahaja. Tepuk dada tanya selera....tapi jangan salah tepuk nanti sakit dada. Fikir-fikirkanlah.
.

Sunday, November 9, 2008

Kenapa perlu memilih NGV?

Cuba kita renungkan sejenak....bagi yang mahu mencari alternatif...
1. Harga petrol seliter (yang terbaru) = RM 2.15
2. Harga NGV seliter = RM 0.68
3. Anggaran Perbelanjaan untuk Petrol sebulan = RM 600.00
4. Perbelanjaan sebulan jika anda bertukar ke NGV = RM 600.00/RM 2.15 x RM0.68
= RM 189.77
5. Penjimatan yang berjaya dilakukan = RM 600 - RM 189.77
= RM 410.23

Jumlah itu untuk satu bulan. Bayangkan jika anda sudah menggunakan NGV dalam masa setahun....LU pikir laa sendiri....